Katak minyak umpan haruan, bujuk KATAK minyak yang
biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki
mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan
umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit. Selain mudah didapati,
spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di
depannya serta berkulit perang muda pada badan dikatakan paling
berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya.
Asalnya
daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti
katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi
katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya. Bergerak
secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga
sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap
sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.Secara amnya, spesies
dari famili Anura mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap
secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan.
Di arena
memancing, katak minyak bersaiz satu hingga dua sentimeter saja akan
digunakan. Caranya, mata kail bersaiz enam atau tujuh dicangkuk pada
bahagian duburnya hingga ke dalam perut.Cara berkesan untuk menjerat
ikan haruan menggunakan katak ini, adalah gewang jenis perambut getah
atau dikenali sebagai ‘janggut’ oleh pemancing tempatan akan dicangkuk
pada katak itu.Umpan ini dibaling ke kawasan reba kayu dan selepas itu
karauan secara perlahan dilakukan untuk meransang deria bau ikan.Di
kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar 40 sen seekor
dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai. Kini,
katak tiruan juga boleh didapati sekitar kedai menjual peralatan
memancing dengan pelbagai saiz dan warna. Katak tiruan kurang efektif
berbanding katak hidup, ini kerana faktor bau katak hidup dikatakan
cepat merangsang spesies haruan untuk memakannya.
No comments:
Post a Comment