Sunday, 26 February 2017

Salam sejahtera semua,hari ini aku ingin berkongsi cara memancing lampam..tip joran yang digunakan untuk pancing lampam....korang jangan pikir ikan lampam koman...kalau nak pancing lampam kena guna batang joran yang boleh pasang kekili.. Batang joran tak perlu guna yang mahal-mahal sekadar yang RM 30-RM60 dah memadai. Jenis first stick dan ugly stick tu mahal sikit...tapi mahal pun takpa sebab tahan lebih lama. Ni beli yang murah dah rosak maki-maki kat joran tu...mana boleh...nak pancing kena sabar dan belanja mahal sikit tu tak per la janji tahan lama...

terlupa lak aku nak cerita jenis dan rupa bentuk ikan lampam...ikan lampam adalah sejenis ikan air tawar. Ikan lampam biasanya menghuni kawasan sungai, tali air, tasik, lombong tinggal dll. Dalam sawah biasanya susah nak jumpa sebab ketika aku pancing kat sawah dulu mana ada dapat kalau puyu yela banyak. Ikan lampam juga ada banyak nama dan jenis...

                                         
antaranya ialah lampam jawa,lampam melayu, lampam cina dan yang sewaktu dengannya iaitu ikan jelawat, ikan sebarau, tengalan, seluang, tengas, dan lain-lain yang ada kat dalam sungai tu yang berkilat sisiknya...berat ikan lampam boleh mencecah sampai lima kg. paling berat aku pernah dapat hampir 3kg meliut-liut joran aku..

tips umpan untuk pancing lampam...kalau aku bagi tau korang jangan lupa tima kasih kat aku...aku bagi tips ni untuk korang yang baca blog aku jer...Cara-caranya...korang kena beli dedak anak ayam yang berwarna kuning keemasan..biasanya kat kedai runcit macam-macam ada...cuba le gi cari...jangan beli banyak-banyak singgit dah cukup. tepung jangan lupa plak...tu adunan wajib tu..takde tepung korang nak gentel ngan apa...mana boleh...macam tu....bila nak bancuh air perlu sikit je untuk nak uli...ramuan asli paling best kena campur kunyit hidup...kunyit tu kena tumbuk ngan lesung batu...kalau susah sangat beli je serbuk kunyit kat kedai runcit dah cukup tapi kurang menyengat la plak sebab kunyit kat kedai dah tak asli...kurang power..

kalau nak cantik lagi...adunan tu buat di waktu malam..dah siap malam tu boleh perap jap untuk kasi bau power tapi baunya tak le se power umpan ikan baung...fuh...busuknya 3-4 ari tak ilang wooo.. Ikan lampam biasanya suka cari makan di awal pagi...tengahari...dan petang..contoh mata kail untuk memancing lampam ialah mata kail bomb atau mata kail rambai

satu lagi...jangan lupa bila sampai je kat gigi lubuk jangan lak kedekut taik idung masin...tabur-tabur le sedikit umpan tadi tu dalam bentuk relai supaya ikan yang jauh di lubuk dapat bau...konon-kononnya panggil ikan lampam tu le...satu lagi nasihat...kalau gi pancing ramai-ramai jangan buat bising..

tips mengesan ikan lampam..caranya ialah guna biji kekabu atau palet dedak keli...tabur jer kat atas permukaan air yang berlubuk tu kalau kawasan tu ada banyak lampam cup-cap cup-cap lampam menyambar bahan makanan tersebut. ikan lampam biasanya mudah dapat kalau pancing dekat - dekat ngan habitatnya...andai kata korang tak nampak kelibat ikan lampam jangan tunggu lama-lama boleh blah...maksud aku ubah tempat le...dah takde ikan buat apa pancing juga buang masa je...lagi pula sungai kan panjang...kalau takde kat sini kat sinu pasti ada...sekian untuk hari ini dari aku tentang cara memancing ikan lampam..😉😉😉


Salam sejahtera semua, hari ini saya ingin berkongsi cara bagaimana untuk memancing ikan belida..bagi yang baru hendak berjinak untuk memancing belida ini perlu tahu dimana sungai terdapatnya port belidak melepak..jika jumpa port belida ini senang la dia nak makan umpan yang kita guna..cara hendak mengetahui tempat yang terdapat ikan belida ialah perlu lihat dipermukaan air akan  terdapat ikan belida menangkap dengan naik kepemukaan air dan melibas ekornya di atas permukaan air..ini contoh ikan belida yang saya pernah darat kan..dah dia ikan darat senang la nak daratkan..
Antara contoh umpan kegemaran belida ialah anak ikan puyu,ikan seluang,anak ikan sepat dan buah sawit yang diperam..Cara perambut yang saya selalu guna ialah perambut kail satu dengan pelampung..menggunakan perambut mata kail satu dengan ladung pun boleh jugak.
antara kedua dua perambut ini perlukan tali yang panjang agak agak satu kaki antara mata kail degan dasar dan satu kaki mata kail dengan permukaan air kerana ikan belida makan umpan di antara tengah tengah dari dasar dan permukaan air..sekian  dari saya kongsi cara memancing belida..😉😊😋


Saturday, 11 February 2017

 CARA MEMANCING HARUAN

hari ini aku ingin berkongsi tentang cara cara untuk memancing ikan haruan..bagi yang baru ingin menceburi bidang memancing ini, memancing ikan haruan adalah paling mudah..

walaupun memancing haruan adalah mudah tetapi bagi kaki pancing harus tahu dimana port yang terdapat ikan haruan..bukannya apa perlu tahu port ikan haruan ini kerana untung menggelakkan dari pada kaki pancing berputih mata sahaja dari tidak mendapat ikan..antara umpan yang digunakan untuk memancing haruan adalah seperti katak..bagi yang geli dengan katak juga boleh memancing haruan dengan menggunakan umpan tiruan seperti jump frog dan lain lain lagi umpan tiruan yang terdapat di kedai kedai menjual alatan memancing..
antara kawasan yang paling senang untuk memancing adalah seperti parit yang tidak terlalu banyak air dan keadaan air yang tenang..jika keadaan air yang bergerak terlalu deras juga susah untuk memancing haruan..bagi mata kail pula aku lebih gemar menggunakan double hook yang diubah suai dan dipadankan dengan helikopter spinner, kerana dengan menggunakan double hook jika sekali ikan haruan menyambar pasti tidak akan terlepas..saiz mata kail juga tidak boleh terlalu besar dan terlalu kecil..SEKIAN PERKONGSIAN AKU TENTANG MEMANCING IKAN HARUAN..pada masa akan datang aku akan berkongsi pula tentang memancing ikan belida☺